Isnin, 15 Oktober 2012

Teguran

15 Oktober 2012 (Situasi 1 minggu ke-6)

Malam semalam, saya ada perbincangan mengenai tugasan semantik di bangunana e-learning, kampus lama UPSI. Perbincangan tersebut telah selesai pada jam 11 malam. Saya tiba di rumah pada jam 11.15 malam. Semasa saya sedang mengunci pagar rumah, saya disindir oleh oleh seorang pak cik yang memeranggap jiran sebelah rumah saya. Antara kata-katanya yang saya dengar adalah seperti berikut:


"Pak cik : Kol 11 baru nak balik. Bagus! Bagus! Bagus! Balik lewat lagi la"




Ulasan:
Rasanya tak salah kalau pak cik tersebut hendak menegur saya. Akan tetapi baik kiranya jika dia bertanya saya secara bersemuka. Dia tidak seharusnya menyindir saya kerana dia sebenarnya tida tahu saya ke mana, buat apa dan dengan siapa. Tidak semua pelajar UPSI yang balik lewat malam keluar berseronok bersama teman lelaki. Ramai yang keluar atas dasar perbinangan tugasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan