7 Oktober 2012 (Situasi 2 minggu ke-5)
BANAR BAH..awu banar. Aku selalu mengajuk ayat-ayat bahasa Brunei yang sering dipertuturkan oleh rakan serumahku 'Kak Nani'. Sesekali seronok untuk disebut walaupun sebutan aku sememangnya sentiasa tidak betul. Menurut kak Nani, 'banar' membawa maksud 'benar'.
Sebagai seorang yang dilahirkan dan dibesarkan di negari Kelantan, perkataan 'banar' yang sering dipertuturkan oleh kak Nani ini membuatkan aku
teringat beberapa perkataan 'banar' dan 'benar' dalam bahasa Kelantan.
Antara beberapa kata 'banar' atau sebutannya “bana” jika dituturkan di negeri Kelantan ialah:
- Kata ganda berirama (betul ke
kata ganda? huhuhu...) kepada perkataan 'ssinar' atau 'sinar' yang bermaksud 'bercahaya'.
Biasanya 'banar' digandakan dengan perkataan 'ssinar'. Contohnya: 'ssinar
banar' iaitu sinar yang berkilau. Kepala yang botak licin juga selalu
diejek dengan kata atau istilah 'sina bana'.
- Dan satu lagi, 'benar' ataupun 'bena' dalam sebutan Kelantan membawa aku ke dapur. Mencari
perkataan 'bena' yang merujuk kepada 'lada bena' dan 'minyak bena'. Lada bena ialah lada hitam manakala, minyak bena' pula ialah minyak masak.
Teringat satu pantun dua kerat dalam bahasa Kelantan yang sering dinyanyikan oleh kanak-kanak yang membawa unsur ejekan:
“seh robbana,palo tokseh ssina bana"
Ulasan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan