Jam 3 petang saya dan Azida telah ke perpustakaan untuk berbincang mengenai tugasan berpasangan yang diberikan oleh Dr. Siti Saniah. Perpustakaan pada hari ini ditutup pada jam 5.00 petang. 15 minit sebelum jam 5.00 petang, saya dan Azida bergegas mengemas barang untuk pulang. Semasa hendak menuruni anak tangga di tinggat tiga, kami terlihat seorang pekerja perpustakaan memberi arahan kepada seorang pelajar supaya meletakkan kembali buku yang digunakan di rak yang diambil. Antara kata-kata yang sempat saya tangkap, "Letak buku tu kat rak. Troli dah penuh!" (mengarah dengan riak sombong dan dingin).
Pelajar itu kemudiannya berlalu pergi, manakala pekerja perpustakaan tersebut mengambil buku-buku di atas troli dan meletakkanya di atas rak berdekatan tanpa melihat nombor siri atau kod buku-buku tersebut
Ulasan:
Pekerja tersebut seharusnya memberi arahan dengan nada yang lebih mesra. Hal ini demikian, tugas menyusun kembali buku yang digunakan pelajar sememangnya menjadi tugas mereka. Mereka seharusnya menjalankan tugas dengan sempurna. Sikap tidak endah pekerja perpustakaan tersebut yang meletakkan buku di rak tanpa menyusunnya mengikut kod-kod buku telah menyukarkan pelajar mencari bahan di perpustakaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan