Pagi ini, jam 11 pagi, saya bersama-sama kakak saya berjalan-jalan di kawasan Jalan Tar untuk menemaninya mencari beberapa helai tudung. Sewaktu sedang menunggu lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau, tiba-tiba kami ternampak sebuah kereta vios berhenti mengejut. Lalu keluar seorang lelaki India dalam lingkungan 40 tahun.
Lelaki muda : Apa uncle ni. Jalan tak tengok ke? Berjalan tengah jalan. Menyusahkan orang!
Lelaki tua : (kelihatan terpinga-pinga seperti tidak tahu apa yang telah dilakukannya)
Lelaki muda : Mabuk ke apa you ni uncle? Berjalan tak tengok kiri kanan! Tak kan dah tua tak tahu lagi nak pandang kiri kanan? (sambil melihat bahagian depan dan belakang keretanya)
Lelaki tua : Saya minta maaf! (Masih terpinga-pinga)
Kami kemudiannya berlalu pergi meninggalkan kejadian tersebut kerana lampu pejalan kaki telahpun bertukar hijau. Lagipun tak sanggup rasanya hendak melihat lelaki tua tersebut terus dimarahi.
Ulasan:
Agak kejam tindakan lelaki muda tersebut. Kalau betul pun pakcik tu melintas jalan tak tengok kiri kanan, tak perlu la dia cakap "Mabuk" kat pakcik tu. Di mana adab anak muda Melayu pada orang yang lebih tua. Kita orang asia, orang yang penuh adab dan sopan. Kekalkanlah adab sopan dan nilai-nilai murni dalam diri kita. Tak merugikan kita pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan