5 Oktober 2012 (Situasi 5 minggu ke-4)
Hari ini saya ke kedai fotostat untuk menfotokopi beberapa nota kuliah daripada pensyarah. Situasi ketika di kedai fotostat:
Pekedai : Mau apa?
Pelanggang : Fotostat ini 25 ye.
Bebapa minit kemudian.
Pekedai : Dah.
Pelanggan : Berapa kira?
Pekedai : Dua lima saja ma.
Pelanggan : Terima kasih.
Pekedai : Sama-sama.
Ulasan:
Penggunaan bahasa pasar yang ringkas dan difahami oleh kedua-dua belah pihak. Lazimnya, urusan jual beli menjadi lebih mudah sekiranya menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh kedua-dua belah pihak. Penggunaan ragam bahasa ini sebenarnya hendaklah bersesuaian dengan semantik dan pragmatiknya, iaitu dari segi sasaran, golongan sosial, situasi dan tempat. Namun, budi bahasa yang baik dan sesuai harus juga digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan