12 Oktober 2012 (Situasi 3 minggu ke-5)
"... dok rok cetong mung ni ..."
Semasa sedang bergelak ketawa sementara menunggu Dr Abdullah (subjek Semantik) masuk ke kelas, terdengar ayat di atas dipertuturkan oleh salah seorang sahabat. Ayat ini sering dipertuturkan oleh sahabat-sahabat saya yang berasal dari Terengganu. Perkataan 'rok' ini lazimnya hanya akan difahami oleh masyarakat yang tinggal di kawasan Pantai Timur sahaja. Istilah 'dok rok' ini difahami dengan makna 'tidak gagah' atau 'tidak boleh diharap'. ' Dok' ialah kata yang sama ertinya dengan 'tidak'
Mengikut Kamus Dewan, 'rok' sebenarnya membawa kepada empat perkara. Hal ini demikian menunjukkan bahawa istilah ini sebenarnya tidak hanya digunakan dalam kalangan masyarakat Terengganu sahaja. Namun demikian, masyarakat negeri lain tidak menggunakan perkataan ini secara meluas. Perkara ini mungkin berlaku disebabkan mereka tidak biasa menggunakannya.
Perkataan ini mempunyai banyak makna dan antaranya ialah;
- Muzik yang mempunyai rentak yang kuat
- Baju perempuan mengikut gaya barat seperti gaun
- Belukar
- Larat atau upaya
Ulasan:
Setiap perkataan itu lazimnya mempunyai banyak makna. Dalam berbahasa, kita harus sentiasa mencari kepelbagaian ini agar bahasa masyarakat lain turut berminat untuk mempelajari bahasa kita. Keakraban itu dapat terjalin dengan hanya menggunakan bahasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan