Sebahagian manusia ketika berbicara tentang senyuman mengaitkannya dengan pengaruh psikologi terhadap orang yang tersenyum. Namun, seorang muslim memandang hal ini dengan kaca mata yang berbeza, iaitu kaca mata ibadah, bahawa tersenyum adalah sebahagian dari mencontohi Nabi saw. yang disunnahkan dan bernilai ibadah. Para pakar dari kalangan muslim mahupun bukan muslim juga melihat seuntai senyuman itu sebenarnya sangat besar pengaruhnya.
Memang banyak perkara yang boleh kita senyum tanpa kita sedari. Jika hendak disenaraikan memang sangat banyak. Senyuman yang kita dapat dari orang lain lazimnya mampu membuatkan hati kita menjadi senang. Hari ini tanpa sedar saya telah memberi senyuman kepada seseorang yang tidak saya kenali di pejabat Telekom Malaysia di Tanjung Malim ketika sedang menunggu giliran untuk membayar bil internet. Namun demikian, senyuman saya dibalas dengan wajah masam mencuka. Melalui riak wajahnya, dapat saya tafsirkan bahawa dia sebenarnya tidak mengenali saya dan sedang mengalami emosi yang tidak tenang. Hehehehe...
Senyuman boleh mengungkap pelbagai mesej atau bahasa. Melalui senyuman sesiapa sahaja yakin bahawa bahasa yang ingin disampaikan ialah persaan suka dan gembira selain dari mendukung lambang sapaan selamat pagi, selamat petang dan sebagainya. Namun demikian, terdapat juga senyuman yang berunsur negatif seperti senyuman mengejek.
SENYUM!
Ulasan:
Senyum itu adalah hadiah yang bereti jika ikhlas di hati.
Senyum itu adalah sedekah.
Senyum yang manis adalah kekayaan hati dan jiwa yang tidak dapat dibeli dengan harta.
Senyum sebagai satu bahasa mesra dalam sesebuah masyarakat.
Sekuntum senyuman sudah cukup untuk menceriakan hari yang suram.
Senyuman mampu mengeratkan persaudaraan dalam sesebuah masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan