Jumaat, 5 Oktober 2012

Bahasa Rojak

5 Oktober 2012 (Situasi 3 minggu ke-4)

Tajuk yang ingin saya kupaskan pada saat ini adalah mengenai bahasa Melayu rojak. Saya mengambil tajuk ini kerana tertarik dengan rencana keratan akhbar lama yang saya temui di laman sesawang. Antara yang digariskan dan dinyatakan dalam keratan akhbar tersebut adalah seperti berikut:

"Gejala mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris merupakan gejala paling baru dalam penyiaran, katanya. Dalam setiap ayat seorang eksekutif sekarang, kita dapati mesti ada mengandungi - kalau tidak separuh, suku - kata-kata Inggeris yang dicampurkan dengan bahasa kita. Ini sudah begitu automatis sehinggakan ia merupakan budaya baru bangsa Melayu bercakap separuh Melayu, separuh Inggeris."

Bahasa rojak sebenarnya merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam suatu pertuturan. Misalnya 'MANGLISH', iaitu seketika menggunakan kata-kata bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris. Saya sering mendengar penggunaan bahasa rojak ini terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tinggal di kawasan kota raya.

Contoh dialog yang menggunakan bahasa rojak adalah seperti berikut:

          Sarah : Last night, I tengok movie sampai pukul 2 pagi. Best Tau movie tu.
          Dayah: Story la sikit. Aku nak dengar. Hensem tak hero dia





Ulasan:
Masyarakat Melayu pada hari ini banyak dipengaruhi oleh bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dalam perbualan harian mereka. Masalah ini telah lama berlaku tetapi semakin meruncing dan membuncahkan untuk era baru ini. Hal ini demikian sangat berbeza dengan cara hidup dan cara berkomunikasi masyarakat Jepun yang terus hormat dan membahasakan diri sebagai orang Jepun. Oleh hal yang demikian, usaha memartabatkan bahasa Melayu ini sebenarnya harus bermula daripada pemikiran pihak berkuasa seperti kabinet. Selain itu, kita sebagai penghuni negara Malaysia juga harus turut sama membantu membangunkan dan memartabatkan bahasa Melayu dalam kehidupan kita seharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan