Semasa sedang menunggu bas untuk ke pekan, tiba-tiba terdengar perbualan dua orang mahasiswi UPSI yang sedang berjalan melalui perhentian bas tersebut. Salah seorang daripadanya menggunakan dialek Terengganu (pelajar 1), manakala yang seorang lagi menggunakan dialek Kedah (pelajar 2) dalam percakapannya. Antara perbualan mereka adalah seperti berikut:
Pelajar 1: Kak gi naik dumoh dulu. Aku nak gi beli makanang. Nok kiring?
Pelajar 2: Nak. Akak nak kirim 'aih ketoi' ye!
Pelajar 1: 'Aih ketoi'? Ada jual kat kedai makang ko? Kuih mende tuh?
Pelajar 2: 'Aih ketoi' tu bukan kuih la. Aih ketoi tu ais. (Sambil gelak sakan)
Pelajar 1: Igatkang kuih takdi. (Turut gelak)
Saya yang mendengarnya turut tergelak sama. Mungkin pelajar tersebut semester satu di UPSI ini.
Ulasan:
Belajar di UPSi akan menemukan kita dengan kawan-kawan yang berlainan negeri dan ini memberikan pengalaman bermakna dalam hidup kita sebagai seorang pelajar. Secara tidak langsung kita boleh belajar mengenai dialek-dialek dari pelbagai negeri. Di sinilah akan terlihatnya keunikkan pelbagai bahasa dalam aspek pergaulan dan komunikasi sesama masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan