Jumaat, 28 September 2012

Bahasa Kasar dan Kesat

28 Sept 2012 (Situasi 5 minggu ke-3)

Hari ini saya telah menemani anak saudara saya (angah dan achik) ke sekolah tadikanya untuk hari gotong-royong sekolah. Di sana, saya terpandang sekumpulan kanak-kanak lelaki (kawan-kawan tadika angah dan achik) yang sedang bermain di taman sekolah. Saya kemudiannya terdengar perbualan kanak-kanak ini yang saya anggap sebagai agak keterlaluan. 

Kisahnya bermula apabila Daniel (bukan nama sebenar) tersepak sebuah kerusi di taman, lalu jatuh:
  • Daniel : Arrggggh...babi!
  • Irsyad: Kenapa?
  • Daniel : Ni...kerusi ni sial. Siapa letak kat sini?


Ulasan:
Terkejut saya mendengar bahasa yang digunakan oleh Daneil, seorang kanak-kanak yang baru setahun jagung umurnya. Dalam umur sebegitu, dia sudah menggunakan bahasa yang kesat dalam pertuturan. Bagaimana agaknya penggunaan bahasa apabila dia dewasa kelak? Kesimpulannya, ibu bapa atau orang dewasa harus lebih menitikberatkan penggunaan bahasa dengan kanak-kanak kerana kanak-kanak ini mudah terpengaruh dan mereka sebenarnya belajar berbahasa melalui pemerhatiannya terhadap kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan