Hari ini saya terbaca mengenai bahasa kiasan di beberapa blog pada laman sesawang. Za'ba menyatakan bahasa kiasan sebagai bahasa yang menyatakan sesuatu perkara yang mengkiaskan kepada perkara lain sama ada menyebut atau tidak bandingan antaranya. Bahasa kiasan dianggap sebagai bahasa atau ungkapan pengucapan yang halus dan dan dapat meningkatkan imej penuturnya.
Bahasa Kiasan ini hampir sama dengan peribahasa dari segi maksudnya, kerana bahasa kiasan juga mempunyai maksud di sebalik makna harfiahnya. Ia merupakan ciptaan penutur atau pengkarya berhubung dengan sesuatu keadaan, situasi atau persekitaran. Antara beberapa contoh bahasa kiasan yang sering kita gunakan ialah:
- Kiasan bersandar = mandi kerbau
- Kiasan terus = ayam tambatan
- Kiasan berbunga = selimut kemalasan
- Kiasan pemanis = buang air besar
Antara beberapa contoh bahasa kiasan dan maksudnya ialah:
- Panjang tangan = suka mencuri
- Besar Kepala = sombong
- Rendah Hati = tidak sombong
Ulasan:
Secara sedar atau tidak sedar, kita banyak menggunakan bahasa kiasan dalam pertuturan kita seharian. Hal ini demikian kerana, bahasa kiasan dianggap lebih manis dan sopan apabila dituturkan dan digunakan dalam komunikasi selain menunjukkan nilai dalam Bahasa Melayu itu sebenarnya sangat tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan