27 Sept 2012 (Situasi 3 minggu ke-3)
Masuk sahaja ke dalam rumah sewa saya di kawasan Taman Universiti setelah pulang dari kelas Sosiolinguistik Melayu, saya disapa rakan serumah bertanyakan perihal penggunaan kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'. Tujuan dia bertanya adalah untuk menyemak kertas kerjanya. Kami kemudiannya berbual dan berbincang mengenai kesilapan penggunaan kedua-dua kata pemeri ini dalam konteks kehidupan masyarakat kita di Malaysia.
Kata pemeri 'ialah' dan 'adalah' merupakan kata tugas yang tergolong sebagai kata prafrasa. Kata pemeri 'ialah' digunakan untuk menunjukkan persamaan yang hadir di hadapan frsaa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh kesilapan yang sering kita lakukan:
Contoh kesilapan yang sering kita lakukan:
1) Kesilapan penggunaan kata pemeri 'adalah' di tempat 'ialah'
- Anak adalah anugerah Allah. (Salah)
- Anak ialah anugerah Allah. (Betul)
2) Kesilapan penggunaan kata pemeri 'ialah' di tempat 'adalah'
- Majalah Mingguan Wanita ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah)
- Majalah Mingguan Wanita adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul)
3) Kesilapan penggunaan kata pemeri 'adalah' di hadapan kata kerja
- Matlamat utama saya adalah membantu golongan kanak-kanak yang buta huruf. (Salah)
- Matlamat utama saya ialah membantu golongan kanak-kanak yang buta huruf. (Betul)
4) Kesilapan penggunaan kata pemeri 'adalah' pada hadapan atau awal ayat
- Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa esok cuti. (Salah)
- Dengan ini dimaklumkan bahawa esok cuti. (Betul)
5) Kesilapan penggunaan kata pemeri 'adalah' bersama kata kerja
- Para pelajar adalah dipelawa memohon untuk tinggal di asrama. (Salah)
- Para pelajar dipelawa memohon untuk tinggal di asrama. (Betul)
Ulasan:
Penggunaan kata pemeri itu sebenarnya terbatas dan amat tidak digalakkan dalam pembentukan ayat Bahasa Melayu. Namun, ramai dalam kalangan kita yang masih menggunakannya tanpa mengetahui cara penggunaan yang sebenar. Kata pemeri 'adalah' hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja, manakala kata pemeri 'ialah' hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama. Sebaliknya, kata kerja atau frasa kerja tidak perlu didahului oleh kata pemeri, sama ada kata pemeri 'ialah' atau 'adalah'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan