27 Sept 2012 (Situasi 4 minggu ke-3)
Assalamualaikum....
Malam ini saya hendak menceritakan pengalaman saya membantu seorang kakak di stesen LRT atau nama penuhnya "Light Rail Transit" pada hujung minggu yang lepas. Dijadikan cerita, ketika saya sedang beratur untuk membeli tiket LRT di bahagian mesin tiket di stesen LRT KL Central, tiba-tiba seorang kakak di belakang saya bertanyakan arah perjalanan ke hentian bas Pudu dan seterusnya meminta saya menemaninya ke sana. Melihat kakak tersebut yang kelihatan tidak biasa membuat perjalanan menggunakan LRT, saya bersetuju membantunya menunjukkan arah ke stesen bas tersebut.
Oleh hal yang demikian, saya telah membeli tiket LRT ke stesen LRT Plaza Rakyat untuk dua orang menggunakan wang kakak tersebut. Huhuhu. Saya telah menemaninya ke stesen bas Pudu. Namun dalam perjalanan kami ke sana, kakak tersebut hanya bermasam muka dan tidak bertanya mahupun beramah mesra.
Setibanya di sana, dengan hanya mengucapkan kata OK dan selamat tinggal, kakak tersebut terus ke kaunter tiket bas dan meninggalkan saya. Saya jadi tertanya-tanya di mana budaya berterima kasih dia? Bukanlah hati ini tidak ikhlas membantu tetapi agak terguris dan tersentak dengan tindak tanduk masyarakat kita pada hari ini yang budaya sopan santun dan berterima kasihnya semakin hari semakin pudar dan sirna di lubuk jiwa. Saya kemudiaannya berpatah balik ke KL Central dan meneruskan perjalanan ke laluan Kelana Jaya.
Ulasan:
Budaya dan adat berterima kasih itu harus ada dan harus kita semai dalam kehidupan bermasyarakat kita pada hari ini. Hal ini demikian kerana, budaya ini mampu menggambarkan keperibadian seseorang insan dalam sesebuah masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan