27 Sept 2012 (Situasi 2 minggu ke-3)
Teringat peristiwa ketika di kampung pada cuti semester yang lepas. Peristiwa lucu mengenai seorang puteri kecil (anak saudara) yang saya kenali sebagai 'kakak' dan berusia satu tahun tujuh bulan. Dua bulan yang lepas, mama (ibu kepada kakak) telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.67 kilogram. Sewaktu hari kelima berpantang, sedang mamanya duduk di kerusi sambil menonton televisyen, kakak mula mendampingi mamanya hendak naik duduk di atas riba dengan tujuan untuk bermanja. Melihat tingkah laku kakak, emak saya (nenek kepada kakak) mula bersuara "kakak, sepak kaki mama tu nanti!" dengan tujuan untuk melarang kakak menyepak kaki mamanya. Biasalah, menjadi adat orang berpantang untuk menjaga kakinya daripada terkena sesuatu yang berat, kuat, tajam dan sebagainya.
Namun, kakak sebenarnya salah mentafsir kata-kata emak itu tadi. Sejurus mendengar kata-kata emak, kakak dengan penuh bersemangatnya terus menyepak kaki mamanya sambil melebarkan senyuman yang sangat ikhlas. Tergelak rasanya melihat peristiwa itu.
Ulasan:
Kanak-kanak selalunya salah mentafsir bahasa terbalik yang sering disampaikan oleh ibu bapa. Oleh hal yang demikian, kita sebagai orang dewasa perlu menggunakan bahasa yang lebih ringkas dan lebih rendah larasnya supaya mudah difahami oleh kanak-kanak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan